CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 28, 2009

"The Cutie Cups Project" - Segalanya Bermula

Cutie Cups tercetus dari idea tiga surirumah adik beradik yang mempunyai minat yang sama walaupun bidang profession yang berbeza. Bermula dari sessi membuat cup cakes bersama-sama di rumah adik yang paling bungsu, dan juga yang paling cute, minat itu kemudiannya berkembang kepada perusahaan kecil kecilan yang mula mendapat tempahan dari rakan-rakan terdekat. Seperti namanya, adik beradik cute bertiga ini mula memikirkan hala tuju seterusnya dari sini. Dengan sokongan padu dari suami-suami yang tidak kurang cutenya, serta abang yang handsome dan juga anak-anak saudara, maka tertubuhlah syarikat yang dikenali dengan nama Cutie Cups Bakery and Cafe.

Walaupun idea asalnya bermula dari membuat cup cakes yang comel-comel, tiga adik beradik ini menanam nekad untuk menjadi pengusaha dan pembekal roti yang berjaya dengan berlandaskan product yang dijamin halal, bersih dan berkhasiat. Maka dengan berlandaskan perinsip itu, Cutie Cups menggunakan tagline " Halal, Bersih dan Berkhasiat".

Walaupun baru ditubuhkan, Cutie Cups amat yakin bahawa dengan keikhlasannya untuk membekalkan product roti yang "Halal, Bersih dan Berkhasiat" akan diterima oleh semua lapisan pengguna. Product yang di hasilkan dengan mengikuti Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang ketat adalah ciri-ciri jaminan mutu universal yang memastikan khasiat dan kebersihan product .

Bukan setakat itu saja, Cutie Cups juga diasaskan dengan prinsip untuk menyumbang kembali kepada komuniti. Oleh itu Cutie Cups telah memperuntukkan sumbangan sebanyak 3 sen bagi setiap product roti yang dibeli oleh pengguna. Oleh itu pengguna product Cutie Cups akan juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada badan-badan amal dari setiap pembelian product roti yang dibuat. Di Cutie Cups sumbangan kami dilakukan setiap masa tanpa menunggu waktu promosi tertentu.

Pihak pengurusan Cutie Cups Bakery & Cafe amat berterima kasih diatas sokongan yang diberi oleh pengguna yang dihargai. Cutie Cups - Halal, Bersih dan Berkhasiat.

0 comments: